Showing posts with label #BiotekUSM. Show all posts
Showing posts with label #BiotekUSM. Show all posts

Friday, January 23, 2015

Bioteknologi USM (Part 1)

Assalamualaikum. 


 Firstly, mamasheh kat adik junior yuyeshem (USM) yang singgah blog hakak tu. Heheh. Ni rasa semangat lagi nak share story kat belog ni. Hahah *fefeeling hakak sangat. lulz* 


Basically, awal-2 masuk sem 3 ni tak banyak lagi tau lab. Em bila masuk minggu ketiga camtu baru semua lab dah start. Hakak nak nasihatkan awal-2 kalo tak suka terperuk dalam lab baik korang takyah amek biotech. Hahaha. Pegi amek major environment ke, zoology ke. Haaa. Major diorang banyak fieldtrip. 



Even hakak tahu yang dak-2 biotech ni keje duk kat lab je, hakak rasa major ni je yang kena ngan jiwa. Tak kesah la duk kat lab pun. Janji kita minat ngan benda tu. Haha.





Hmm. Okay. Sem ni ada empat lab. Empat dik empat. EMPATTTT ! hakak rasa ni dah lebih dari cukup. HAHAHA T.T



Bayangkan masa kitorang first year ada dua lab pun dah rasa penat buat lab report. Amek biotech tengok-2 tiga dik, empat ! Hmm lahai mula-2 rasa stress gak lama-2 macam dah biasa. Lagipun sapa yang rasa macam masa first year tu minat Genetics ngan Biochem hmm better masuk Biotech la ye? heheh. Sebab memang banyak basic dua subjek tu nak guna sekarang.




Lab yang tiga tu lab Techniques in Biotech, lab Mycology, Bacteriology ngan lab Virology. Personally, hakak suka lecture daripada lab tapi ada la jugak lab yang best. Depend on subject. hehe



Next part lak akak citer satu-2 pasal setiap lab yang kitorang ada. Lulz. Just nak share je so nanti korang boleh decide nak amek ke tak biotech ni haaa. HAHA.




To be continued. In shaa allah !



Thanks sudi baca post ni *sambil tunduk hormat*

Sunday, August 10, 2014

Bioteknologi USM

Assalamualaikum !



 Lepas setahun jadi junior kat USM, sem depan giliran aku pulak nak jadi senior. Haha. Gila konpius pikir nak amek major apa time tu. Last-2 masa isi borang major, aku letak Biotek as my first choice. Asalnya aku nak amek major Vector & Parasite tapi lepas majoring talk, rasa macam berminat nak amek Biotek pulok. Hiks.




My mom macam galakkan aku amek Agrobiologi. Yang ni pon best jugak cuma aku tak berapa minat untuk belajar pasal tumbuhan. Aku lagi suka masuk kelas Prof. Uyub sem lepas. Prof Uyub ajar kitorang part bacteria, virus semua tu. Sumpah tak pernah ngantuk kelas dia sebab bagi aku subjek yang dia ajar tu super interesting ! *hiperbola sangat*



Setakat ni aku belum daftar subjek lagi tapi antara subjek yang kitorang kena amek sem depan macam Bacteriology, Mycology, Techniques in Biotech blablabla.



Macam interesting tapi khabar angin cakap major ni agak tough and i need a lot of reading. K, dah tahu life aku sem depan camna. huwarghhh :(



Kepada senior, sila beri tunjuk ajar ^^


Till then,
Thanks for reading !