Tuesday, April 30, 2013

Review : Novel aA + bB

Assalamualaikum.

Aku bukan lah peminat novel tegar tapi bila dah start baca novel, nak berhenti tu susah. Haha. Acano tu? 
Aku baru je habis baca novel aA+bB. Tajuknya pun dah unik. Novel ni ditulis oleh empunya nama Hlovate yang sampai sekarang taknak dedahkan identiti diri dia. Privasi maybe. 

Novel ni aku rekemen korang baca sebab banyak benda positif yang boleh kita apply dari cerita dia. Aku suka novel ni sebab conversation watak-watak dalam novel ni guna bahasa yang pelbagai. Ada English ( common bagi kita orang Malaysia), Spanish, Jerman (kalau tak silap sebab aku pun lupa). Aku sangat-sangat lah nak improve and belajar pelbagai bahasa. Banyak lah jugak perkataan yang aku tak pernah tahu sebelum ni aku belajar bila baca novel ni. Hee :)

Satu lagi, life seorang doktor aku dapat tahu bila aku baca novel ni. Gaya penceritaan dia pun santai. Aku asyik gelak je kot time baca novel ni sampai adik aku asyik tanya apsal aku gelak sorang-sorang. Haha. Watak utama dia yang sempoi, Addin asyik buat aku nak gelak je.

Ni lah ghupenyaa :


Credit : Mr. Google

Bila korang baca novel ni, korang akan faham konsep cinta selepas kahwin, terima takdir hidup walau sepahit mana sekalipun and so on (sori ayat skema. Haha). Try lah baca kalau nak tahu lebih lagi.

Dulu aku tak kenal pun penulis yang bernama Hlovate ni tapi setelah direkemenkan oleh roomate aku masa buat asasi dulu barulah aku berjinak-jinak (ecece) membaca novel Hlovate. Ohye, Hlovate ni sebenarnya gabungan dari Hate + Love. Tehee.

Husband watak utama yang romantik giler buat aku jeles. Haha. Kan best dapat hubby yang penyayang and romantik giler macam dalam novel ni. *mood gedik*. Ok, sorry :P

Secara keseluruhannya aku boleh bagi 5 stars rating untuk novel ni. Babai.



Thank you for reading this entry !

No comments :