Wednesday, August 27, 2014

Lab : Kingdom Plantae

Assalamualaikum tak jawab dosa, jawab sayang. Hiks :)



Sekarang budak-2 applied bio ada amali untuk subjek Biodiversity ngan Ecology. So, this is my third lab here. Heheh. Mula-2 dengar kawan cakap penat gila lab ni sebab banyak pokok nak kena lukis. Tapi sekali bila giliran aku masuk lab Plantae ni boleh tahan best jugak. haha. Tu laa lain kali  jangan buat mental block awal-2 . Setiap orang tak sama interest dia kat certain things. Ye dok? haha.





Basically dalam lab ni kitorang tengok the real plant yang selama ni belajar teori je. Plant is quite interesting I think. Time mak aku suruh ambik major Agrobiology dulu aku taknak tapi time masuk lab tadi rasa eksaited dapat tahu banyak benda pasal pokok yang selama ni tak terfikir nak amek tahu pun.




Mungkin rasa seronok masuk lab tadi sebab lecturer tu baik pastu sejak bila tah aku jatuh cinta ngan bunga. haha. Kalau nak compare lab bacteria ngan plant mungkin lebih kurang je seronok tu sebab dua-2 aku suka. 


Selama ni dalam kelas macam you just wonder how that kind of plant looks like tapi bila masuk lab semua family Plantae boleh tengok . Hehe


Cycadophyta :







 Coniferophyta :






Bunga semarak api :)








Banyak lagi ilmu dunia yang tak tahu lagi. Belajar pasal pokok ni buat aku sedar dan kagum dengan kebesaran dan keindahan ciptaan Allah.



Till then.


Thanks for reading !






Sunday, August 10, 2014

Bioteknologi USM

Assalamualaikum !



 Lepas setahun jadi junior kat USM, sem depan giliran aku pulak nak jadi senior. Haha. Gila konpius pikir nak amek major apa time tu. Last-2 masa isi borang major, aku letak Biotek as my first choice. Asalnya aku nak amek major Vector & Parasite tapi lepas majoring talk, rasa macam berminat nak amek Biotek pulok. Hiks.




My mom macam galakkan aku amek Agrobiologi. Yang ni pon best jugak cuma aku tak berapa minat untuk belajar pasal tumbuhan. Aku lagi suka masuk kelas Prof. Uyub sem lepas. Prof Uyub ajar kitorang part bacteria, virus semua tu. Sumpah tak pernah ngantuk kelas dia sebab bagi aku subjek yang dia ajar tu super interesting ! *hiperbola sangat*



Setakat ni aku belum daftar subjek lagi tapi antara subjek yang kitorang kena amek sem depan macam Bacteriology, Mycology, Techniques in Biotech blablabla.



Macam interesting tapi khabar angin cakap major ni agak tough and i need a lot of reading. K, dah tahu life aku sem depan camna. huwarghhh :(



Kepada senior, sila beri tunjuk ajar ^^


Till then,
Thanks for reading !










Friday, June 13, 2014

Biologi Gunaan USM

Assalamualaikum.





Adik-adik lepasan asasi/ matrik yang dapat kos Biologi Gunaan USM mesti takde idea kan kos ni belajar pasal apa? For sure Bio lah tapi nak tahu tak subjek apa yang korang kena belajar nanti? Hehe. Harini mood untuk share pengalaman kat USM ni datang lagi so.. Here's the story :)



Masa first sem dulu kitorang kena ambik 3 subjek teras

- Genetik

- Biochemistry

- Organic chemistry


Antara tiga ni yang paling best bagi akak biochemistry sebab lebih kurang je ngan apa yang belajar masa asasi dulu. Cuma belajar lagi detail. Yang paling tak minat genetik. Haha. Sebab apa ntah . Taktau. Organic chem susah sikit sebab terlampau baaaaanyak mechanism yang kena hafal.



Agak bizi sem satu sebab ada lab report kena siapkan. Jangan risau. Lab report tak susah , diorang (lab instructor) akan guide :)




Sem 2 ni belajar Ekologi, Biodiversity ngan Inorganic Chemistry. Seronok belajar tapi time exam susah nak score. Huhu.





Kepada bakal-bakal junior USM, bila masuk sini nanti kena study hard sikit sebab final 70% so kalau tak boleh score final susah la nak dapat A. Kohkoh .


Ohye. Kalau amek kos ni, uolss akan diberi pilihan untuk sambung 5 major :


- Bioteknologi
-Vector and Parasite
-Aquatic Biology
-Environmental Biology
-Agrobiology



Teringat dulu ada senior share pasal Agrobiology. Major ni macam banyak belajar pasal penyakit pokok. Feeling feeling jadi dokter pokok giteww. haha.  Pastu senior tu jugak ada cakap yang bagi Agrobiologist, kita kena fikir macam mana nak sediakan makanan yang cukup untuk populasi penduduk yang makin bertambah . Mungkin boleh tanam padi atas laut? Haha. Macam mustahil tapi tak mustahil pun kalau kita memang nak buat.


Major Biotech tak tahu nak citer camna sebab belum dapat info lagi dari senior. Aquatic ngan environment banyak fieldtrip. Kalau nak senang dapat kerja lepas grad, amek lah major Vector and Parasite sebab kat USM je ada kos ni. Hehe



Thanks for reading !