Monday, February 6, 2017

Crush




Tak salah pun nak ada crush. Bak kata roommate aku dulu, crush is always a crush. Crush ni bukan macam fall in love tapi more to suka tengok or minat. Just that. Haha. Kadang tengok mamat hensem jogging kat stadium petang2 pun dah boleh ter crush. Tapi masa tu je la. Takde ah sampai nak bawak masuk mimpi pun. Normal lah kan? 



Cumanya in certain case, dia jadi parah bila kau layan sangat perasaan kau terhadap crush tu. Maksudnya kau try hard untuk cuba dapatkan crush tu. Betul ke term yang aku guna ni? dapatkan. Hmm more to kau berharap yang kau ngan dia ada something happened. Kau berharap yang bila mana kau cuba berkawan rapat dengan dia and kau confess, dia akan terima kau. Hanya 1% je kot yang bila confess dapat positive feedback (hipotesis aku sendiri je ni).



Dalam banyak kes, mungkin crush kau tu akan friendzone kau atau lagi sakit bila dia reject kau terus. Entahlah. Aku taktahu pulak laki ke pompuan yang lebih banyak di 'friendzone' kan. Sebab aku tak ramai pun kawan lelaki. 


Apa nak buat bila kau kena friendzone atau reject? MOVE ON. yeah move on je lah. takde guna kau berharap dengan something yang tak pasti. aku tahu bukan senang nak move on tapi bagi aku, buat apa lama-lama sedih and fikirkan someone yang tak ingat kita pun. dia bahagia dengan hidup dia kau pulak tunggu and berharap yang one day dia akan terbukak hati untuk kau. 


Move on je lah. Tak rugi pun. Ramai lagi sebenarnya kat luar sana yang lagi layak untuk kau. Kau je tak sedar takpun belum masanya lagi untuk kau jumpa dia. Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita rasa he's or she's the one tapi manalah tahu kan kot nanti bila dah kahwin, perangai dia teruk ke takpun dia tak compatible ngan kita ke. Haha. Positif je. Tuhan dah sekat awal2 takut hati kau akan lagi sakit kat depan nanti. Baik dia bagi kau sakit hati awal2 so that you will heal faster. 


Aku pernah baca, guys are faster to leave but they will come back tapi pompuan lambat move on tapi once dia dah move on, dia betul2 akan move on. Tak kira lah kau try hard mana pun nak ambik hati dia balik, she'll never give a damn. Betul lah tu. Haha. Based on pengalaman sendiri. Susah gila kot nak move on. Tapi bila dah move on tu, sikit pun tak kisah on what happened to him.


Dekatkan diri ngan Tuhan, doa yang baik2 untuk masa depan. Bukan kita tak usaha nak kawan tapi dah nak buat camne bukan rezeki lagi. 


Saja up post random camni sebab ni kan bulan Februari-month of love :P









Tuesday, February 10, 2015

Bioteknologi USM (Part 2)

Assalamualaikum.


Basically entri ni aku just nak share gambar lab-lab yang pernah kitorang buat sepanjang satu sem lepas masuk major Biotech. Bagi aku, setiap lab best cuma kekadang tu macam dah tak larat nak siapkan lab report. Haha. Ada gak rasa cam lebih kurang je antara satu lab ngan lab yang lain tu.



Lab yang ada sem lepas lab Teknik Biotek, Viro, Myco ngan Viro.




Lab Teknik Bioteknologi (Techniques in Biotech)

Lab ni ada tiga lecturer dan setiap lecturer cover bahagian yang berbeza. Prof Nazalan cover part Polymerase Chain Reaction, Gel Electrophoresis, fungsi-fungsi enzyme yang selalu digunakan dalam lab and so on. Best belajar ngan Prof Nazalan sebab dia suka cerita and share pengalaman dia masa study kat oversea dulu. Dan dia sangat eksaited bila cakap pasal Nobel Prize. eheh. Kiranya macam dia suka motivate kitorang untuk lebih minat dalam bidang sains.


Part lain Dr.Leow ngan Dr. Eugene cover. Dr.Leow ajar fermentation process. Kitorang blaja buat yogurt dalam makmal. Pastu Dr. Eugene lak cover bioinformatics. Bioinformatics ni basically blaja cara guna software yang ada kat internet dalam research bio. Klik je kat software tu kita boleh tahu analisis protein. Memang ohsem tapi sangat memeningkan kepala. Hahaha. Aku lepas 2 3 hari lupa dah yang dia ajar dalam makmal komputer. LOL



Yogurt Fermentation



Gel Electrophoresis



Lab Virology


Lab viro Puan Zarina yang cover. Dia sporting so adik-adik takyah risau k (poyo sangat hakak ni kan? Hahahaha). Em lab viro ngan bacterio lebih kurang je. Nak tengok kitar hidup virus dalam lab ni ah.


Lab Bacterio

Lab bacterio aku paling suka sebab tah la rasa enjoy je masuk lab ni. Soalan yang kena jawab untuk lab report pun taklah susah mana. Yang gambar kat bawah ni kitorang buat Antibiotic Susceptibility Test. Nak test respon bakteria tu terhadap antibiotik. Kalau ada macam clear sikit kat kertas yang bulat tu maksudnya bakteria tu takleh membiak dan terkesan ngan antibiotik. Kertas bulat tu sebenarnya dah dicelup ngan antibiotik.



Antibiotic susceptibility test

Ni lupa dah eksperimen apa. Haha

Streak Plate



Tu je kot setakat ni. Nanti ada masa dan 'kerajinan' aku share lagi.


Thanks for reading !




Friday, January 23, 2015

Bioteknologi USM (Part 1)

Assalamualaikum. 


 Firstly, mamasheh kat adik junior yuyeshem (USM) yang singgah blog hakak tu. Heheh. Ni rasa semangat lagi nak share story kat belog ni. Hahah *fefeeling hakak sangat. lulz* 


Basically, awal-2 masuk sem 3 ni tak banyak lagi tau lab. Em bila masuk minggu ketiga camtu baru semua lab dah start. Hakak nak nasihatkan awal-2 kalo tak suka terperuk dalam lab baik korang takyah amek biotech. Hahaha. Pegi amek major environment ke, zoology ke. Haaa. Major diorang banyak fieldtrip. 



Even hakak tahu yang dak-2 biotech ni keje duk kat lab je, hakak rasa major ni je yang kena ngan jiwa. Tak kesah la duk kat lab pun. Janji kita minat ngan benda tu. Haha.





Hmm. Okay. Sem ni ada empat lab. Empat dik empat. EMPATTTT ! hakak rasa ni dah lebih dari cukup. HAHAHA T.T



Bayangkan masa kitorang first year ada dua lab pun dah rasa penat buat lab report. Amek biotech tengok-2 tiga dik, empat ! Hmm lahai mula-2 rasa stress gak lama-2 macam dah biasa. Lagipun sapa yang rasa macam masa first year tu minat Genetics ngan Biochem hmm better masuk Biotech la ye? heheh. Sebab memang banyak basic dua subjek tu nak guna sekarang.




Lab yang tiga tu lab Techniques in Biotech, lab Mycology, Bacteriology ngan lab Virology. Personally, hakak suka lecture daripada lab tapi ada la jugak lab yang best. Depend on subject. hehe



Next part lak akak citer satu-2 pasal setiap lab yang kitorang ada. Lulz. Just nak share je so nanti korang boleh decide nak amek ke tak biotech ni haaa. HAHA.




To be continued. In shaa allah !



Thanks sudi baca post ni *sambil tunduk hormat*