Tuesday, February 10, 2015

Bioteknologi USM (Part 2)

Assalamualaikum.


Basically entri ni aku just nak share gambar lab-lab yang pernah kitorang buat sepanjang satu sem lepas masuk major Biotech. Bagi aku, setiap lab best cuma kekadang tu macam dah tak larat nak siapkan lab report. Haha. Ada gak rasa cam lebih kurang je antara satu lab ngan lab yang lain tu.



Lab yang ada sem lepas lab Teknik Biotek, Viro, Myco ngan Viro.




Lab Teknik Bioteknologi (Techniques in Biotech)

Lab ni ada tiga lecturer dan setiap lecturer cover bahagian yang berbeza. Prof Nazalan cover part Polymerase Chain Reaction, Gel Electrophoresis, fungsi-fungsi enzyme yang selalu digunakan dalam lab and so on. Best belajar ngan Prof Nazalan sebab dia suka cerita and share pengalaman dia masa study kat oversea dulu. Dan dia sangat eksaited bila cakap pasal Nobel Prize. eheh. Kiranya macam dia suka motivate kitorang untuk lebih minat dalam bidang sains.


Part lain Dr.Leow ngan Dr. Eugene cover. Dr.Leow ajar fermentation process. Kitorang blaja buat yogurt dalam makmal. Pastu Dr. Eugene lak cover bioinformatics. Bioinformatics ni basically blaja cara guna software yang ada kat internet dalam research bio. Klik je kat software tu kita boleh tahu analisis protein. Memang ohsem tapi sangat memeningkan kepala. Hahaha. Aku lepas 2 3 hari lupa dah yang dia ajar dalam makmal komputer. LOL



Yogurt Fermentation



Gel Electrophoresis



Lab Virology


Lab viro Puan Zarina yang cover. Dia sporting so adik-adik takyah risau k (poyo sangat hakak ni kan? Hahahaha). Em lab viro ngan bacterio lebih kurang je. Nak tengok kitar hidup virus dalam lab ni ah.


Lab Bacterio

Lab bacterio aku paling suka sebab tah la rasa enjoy je masuk lab ni. Soalan yang kena jawab untuk lab report pun taklah susah mana. Yang gambar kat bawah ni kitorang buat Antibiotic Susceptibility Test. Nak test respon bakteria tu terhadap antibiotik. Kalau ada macam clear sikit kat kertas yang bulat tu maksudnya bakteria tu takleh membiak dan terkesan ngan antibiotik. Kertas bulat tu sebenarnya dah dicelup ngan antibiotik.



Antibiotic susceptibility test

Ni lupa dah eksperimen apa. Haha

Streak Plate



Tu je kot setakat ni. Nanti ada masa dan 'kerajinan' aku share lagi.


Thanks for reading !




3 comments :

Unknown said...

seronoknyaa. biotek ni kita belajar untuk buat makanan, ubat, macam tu ehh?

CD said...

amik biotech ea.. dulu, minat nak amik course ni.. tapi, xde rezeki ke arah itu...

Unknown said...

seronoknyaaa buat eksperimen..hiihi :)